IMBANGAN

Imbangan adalah kebolehan individu mengekalkan keseimbangan posisi badan apabila pusat graviti atau tapak sokongan dikekalkan atau diubah. Ia juga boleh dikatakan sebagai kebolehan seseorang mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan seimbang semasa melakukan apa jua pergerakan ataupun dalam keadaan statik. Johnson dan Nelson (1986), telah menyatakan bahawa imbangan boleh dikategorikan kepada imbangan statik dan dinamik. Menurut Hall (1991), imbangan ialah kebolehan individu mengawal keseimbangan. Keupayaan keseimbangan bergantung kepada empat faktor iaitu:

a) Fungsi mekanisme dalam gegendang separuh bulat.

b) Sensasi pergerakan otot-otot, tendon dan sendi-sendi.

c) Persepsi visual semasa bergerak.

MASA REAKSI

Magill (1993), telah mendefinisikan masa reaksi sebagai tempoh daripada mula penerimaan stimulus sehingga bermulanya gerak balas. Masa reaksi seseorang individu adalah berbeza dan ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan individu itu sendiri. Singer (1980), telah menjelaskan bahawa masa reaksi berkait rapat dengan fungsi fisiologi yang melibatkan integrasi antara sistem saraf, persepsi rangsangan dan tindak balas rangsangan. Kesemua rangsangan yang diterima oleh sensori, impuls aferen dihantar ke efektor untuk memberi tindakan terhadap rangsangan.

Menurut Johnson dan Johnson (1985), masa reaksi adalah selang masa di antara penerimaan sesuatu rangsangan sehingga memulakan sesuatu gerak balas. Menurut Magill (1983), pengukuran masa reaksi merangkumi dua komponen iaitu isyarat rangsangan dan permulaan gerak balas. Isyarat amaran ialah isyarat awal yang diberi sebelum isyarat rangsangan sebenar. Sebagai contoh “sedia” juga memainkan peranan penting kerana ia membolehkan peserta bersedia untuk bertindak seterusnya dan mempengaruhi masa reaksi peserta. Masa reaksi seseorang individu adalah berbeza dan ianya dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan invidu itu sendiri.

Faktor persekitaran yang mempengaruhi antaranya ialah:-

a) Jumlah alternatif stimulus-respon

b) Kesesuaian stimulus dengan gerakbalas

c) Variabiliti tempoh awal

Antara faktor individu yang mempengaruhi masa reaksi ialah seperti:-

a) Kematangan biologi

b) Intensiti tumpuan

c) Modaliti sensori yang digunakan.

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Peringatan Diri

Wahai org-org yg beriman, Jangan kamu cakap tapi tak buat. Amat besar kebencian ALLAH jika kamu mengatakan sesuatu tapi tidak melakukanya. (As - sof:2-3)
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.